Khasiat Pokok Cekur

Advertisement

Khasiat Pokok Cekur


Pokok cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih.

Pokok ini mudah didapati di kampung dan ramai suri rumah menanamnya di dalam pasu bunga. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia sering dijadikan ulam oleh wanita terutama selepas bersalin.

Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan. Air rebusan itu akan diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan.

Cekur juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah isinya. Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu.

Cekur yang disebut sebagai cekur merah ini berdaun perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.



Cara-Cara Penanaman Cekur :

  • Cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program “Bumi Hijau” yang dianjurkan oleh kerajaan. Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar.
  • Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat.
  • Pembajaan tanaman cekur mudah iaitu dengan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 – 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang.
  • Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura) . 
  • Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur.


Antara khasiat cekur adalah seperti berikut :

1. Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut,
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak.
5. Melancarkan Haid.
6. Melegakan batuk.
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang angin
10. Sakit sendi
11. Muntah

Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati malaria. Kat indonesia cekur digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.

Post a Comment

0 Comments