25 December 2018

REVIEW : DramaTonton - GHAIB


GHAIB satu lagi drama seram bersiri original Tonton yang wajib korang tengok! Siri original tonton arahan Ken Kin ini adaptasi novel Terowong dan ditampilkan sebanyak 10 episod yang akan bersiaran selama 30 minit pada jam 12 tengah hari. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama bersiri Ghaib dibintangi oleh Shukri Yahya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey dan Neera Aziz dan ramai lagi.


Drama ini berkisarkan tentang Mimie, Jessica, Nina and Suzi memasuki terowong malam itu. Mereka menyeru roh yang menghuni terowong itu. Jessica yang mulanya tidak senang dengan rancangan itu mula merasa resah. Di hujung telinga kedengaran suara perempuan mengilai, masing - masing mula cuak dan takut. Tiba - tiba hantu Mona muncul di belakang Mimie tiada badan hanya kepala dan lilin terpadam. 


Mereka berlari keluar dari terowong dan kemudian mereka tersedar Mimie tidak bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan untuk menyiasat kehilangan Mimie namun tidak percaya dengan teori Hantu Mona. Setiap inci terowong itu diperiksa dengan teliti tetapi tidak membawa apa - apa hasil. Mimie masih belum ditemui dan tiada siapa yang membuat tuntutan wang tebusan. Jessica pula pengsan di asrama kerana ternampak Hantu Mona tanpa badan.


Zati dah habis tengok drama ni dalam masa sehari je 10 episod tu, sebab 1 episod tak lama pun. Memang best , siapa yang peminat drama atau filem genre seram memang patut tengok GHAIB ni.

Korang yang nak tengok boleh ke klik link dibawah ni .


No comments:

Post a Comment