TIPS : Pengurusan Peti Ais

Advertisement

TIPS : Pengurusan Peti Ais

Gambar Google
Assalamualaikum

Harini nak sembang pasal peti ais. Setiap rumah sekarang ni memang dah wajib mesti ada peti ais kan? Sebab dah jadi keperluan harian kita. Tapi tahu tak korang yang peti ais pun ada cara pengurusan nya juga. Contoh nya cara susunan makanan basah , ubat-ubatan, buah-buahan, botol air dan sebagai nya. Zati sendiri pun takde lah "uruskan" sangat peti ais ni. Main letak je hahaha . Tapi kalau macam ikan,ayam semua tu zati letak dalam bekas. 

Bukan nya apa, zati sendiri kalau tengok peti ais rumah sesiapa pun, kalau kemas je, mula la teringin nak buat macam tu, tapi bila dah hadap peti ais sendiri,dia punya malas nauzubillah hahaha.Sebab nya, bila zati kemas, tak jadi macam orang lain kemas. Husband cakap tangan tak berseni. Kat bawah ni zati kongsikan tips menguruskan peti ais.

PENGURUSAN PETI AIS 

1. SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)
  • Ada yang suka simpan kat luar, macam zati pun suka simpan kat luar. Tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening". 
  • Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais. 
2. SUSU
  • Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin tu sekali dlm peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang !
  • Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jgn simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhu nya paling tak stabil, berubah-ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh menyebabkan susu cepat rosak .
3. TELUR (Ada 2 cara menyimpan telur)

Simpan di luar peti ais
  • Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, dan telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date)
  • Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak
  • Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk 
Simpan dalam peti ais (chiller)
  • Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.
  • Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untik elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab tu telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais
  • Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh
4. UBAT-UBATAN
  • Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi dibahagian pintu peti ais kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu . Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin. 
  • So nak simpan kat mana? Simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. 
5. BARANG MENTAH (seperti ikan,ayam,daging,sayur)
  • Untuk barang mentah ni pulak, seelok nya, dicuci bersih dulu, kemudian masukkan kedalam bekas. Untuk mengelakkan peti ais berbau hanyir. Dan juga akan menampakkan peti ais lagi kemas dan tersusun. Bila dah diletakkan dalam bekas, memudahkan kita ambil.
  • Sayur pula, dah siap basuh dan potong, kemudian letak dalam bekas dan letak air sikit (paras sayur je) . Tujuan nya untuk mengelakkan sayur jadi kering atau rosak, sebab suhu peti ais tidak menentu.
Itu saja perkongsian zati. Harap dapat membantu korang ye!

Post a Comment

5 Comments

  1. baru tahu susu kena letak dekat dalam. Selama ni memang letak dekat pintu.

    ReplyDelete
  2. kadang ada try jugak buat. tp memandangkan dok sorang. so kadang tak masak sampai barang tu rosak dalam peti ais. susu ka santan ka biasanya sampai bau.

    macam mana pun nice idea untuk orang yg sll misplace barang dlm peti ais.

    ReplyDelete
  3. nice tips.. selalunya CT sbulan skali akan declutter barang2 tak boleh guna da dlm fridge. nak balik kg ke mesti usha2 fridge. tak banyak barang pun tp kena tngk2. rasa annoyed bila ada makanan lebih tapi x letak dlm bekas bertutup.. haih stress.

    ReplyDelete
  4. seminggu sekali aida spring cleaning bersihkan dan kosongkan peti ais, zetty.
    telur tu dulu kala aida simpan dlm peti.
    now no more. aida letak kat luar aje. suhu bilik.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!