Info : Rahsia Khasiat Makan Kaki Ayam Yang Ramai Tidak Tahu

Advertisement

Info : Rahsia Khasiat Makan Kaki Ayam Yang Ramai Tidak Tahu


Assalamualaikum

Korang suka ke makan kaki ayam ? Zati makan la jugak tapi tak berapa suka lah. Tapi kan kaki ayam ni banyak khasiat nya yang Zati sendiri tak tahu. Patut lah dulu arwah ayah boleh dikatakan setiap minggu dia akan beli kaki ayam sahaja 3kg , dia akan suruh arwah mak masak sup dan masak kicap. Untuk ratah je, rupa nya banyak khasiat. 

Khasiat Makan Kaki Ayam


  • Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.


  • Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik.


  • Dipetik dari Berita Agensi,  Kajian terbaru yang dilakukan di New York mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.


  • Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkn pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.


  • Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.


  • Elak tulang rapuh


  • Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.


  • Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.


  • “Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu. Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. 

Tu lah orang kata kan , yang kita tak suka tu lah yang baik untuk kita

Post a Comment

9 Comments

  1. Suka juga makan kaki ayam.

    ReplyDelete
  2. suka sangat makan kaki ayam ni tapi yang sendiri/ahli keluarga masak saja, kalau makan dekat kedai tu tak berapa nak 'lalu' lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lah. sebab kalau makan kat luar ni hehe mcm tak brp nak bersih hehe..

      Delete
  3. saya suka kaki ayam tapi kalau yang mak atau saudara masak
    dekat kedai geli sebab kadang2 terjumpa ada yang xbuang kuku apa semua
    haha

    ReplyDelete
  4. kaki ayam biasa buat sup ayam untuk anak-anak.ibu dia ni tak pandai makan kaki ayam.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. waaa.. terbaek. tp ejulz x pandai makan kaki ayam. hehe

    ReplyDelete
  6. baru semlm masak kueteow bandung.
    kuahnya ada kaki ayam.
    memang suka sgt makan kaki ayam, zetty.
    sekeluarga suka.
    sometimes kat pasar mlm, gi beli yg da siap goreng.
    syok aje anak-anak makan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!