RESEPI : Pulut Sambal Bilis

Advertisement

RESEPI : Pulut Sambal Bilis


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam selama 2-3 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan air 
  • 15 biji cili kering 
  • 2 labu bawang besar 
  • Sedikit belacan 
    (Cili kering, bawang besar & sedikit belacan dikisar bersama)
  • ½ cawan air asam jawa 
  • 1 sudu makan gula 
  • 1 cawan ikan bilis (Dibelah) 
  • 1 cawan kelapa parut (Ambil putih sahaja) 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras pulut, air, dan sedikit garam ke dalam periuk nasi elektrik. 
  2. Masakkan seperti memasak nasi biasa. 
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak. 
  4. Masukkan air asam jawa, gula, ikan bilis, dan garam. Masak sehingga pekat dan naik minyak semula. 
  5. Apabila pulut sudah masak, masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 
  6. Masukkan pulut yang sudah digaul di dalam mangkuk dan tekan. 
  7. Hidangkan bersama sambal bilis.

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!